Clock and Date


Saturday, August 7, 2010

Audition Berjaya

Apa khabar rakan-rakan PURNAMA sekalian, buat sementara ini laman ini akan dijadikan laman rasmi Kelab Kesenian dan Kebudayaan Kolej UNITI sementara laman rasmi 3K sedang dalam proses pembikinan. Segala maklumat dan info-info menarik akan dipostkan disini sebelum laman ini di khaskan untuk kumpulan PURNAMA sahaja.

Dalam post kali ini saya nak bercerita tentang 2 ujibakat yang telah berlangsung iaitu pada 2 dan 5 ogos yang lalu bagi mencari bakat-bakat baru untuk kumpulan PURNAMA dan juga MELODIEUS. Sambutan yang diberikan amat mengecewakan namun perjalanan kedua-dua kumpulan harus diteruskan. Ramai yang datang ke ujibakat tersebut tanpa sebarang persediaan dan itulah yang menyebabkan mereka kelihatan gugup dan juga kurang ilmu. Walau bagaimanapun pemilihan akan dibuat secara adil dan saksama bagi mereka yang datang untuk ujibakat tersebut. Semoga pemilihan yang dibuat kali ini akan mendatangkan hasil yang cukup baik untuk kedua-dua kumpulan yang bernaung dibawah Kelab Kesenian & Kebudayaan Kolej UNITI ini. Amin..

Sekian saja dari kami. Nantikan post yang berikutnya nanti. Salam Satu Malaysia.

Purnama™ Create 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More