Clock and Date


Thursday, May 19, 2011

Blog PURNAMA kini berwajah baru.

Wajah blog PURNAMA yang baru mencerminkan kematangan mereka kini. Konsep yang lebih matang dan bersahaja telah digunakan untuk blog rasmi PURNAMA. Dengan mengetengahkan konsep baru yang lebih luas diharapkan agar blog ini dapat diterima ramai dan mendapat perhatian semua pelajar kolej uniti.

Jika sebelum ini blog PURNAMA hanya sekadar wadah perkonsian untuk ahli-ahlinya saja tetapi kini meereka telah melengkah dan menuju kehadapan dengan mensasarkan lebih ramai akan menyertai kumpulan ini dengan penghasilan laman yang lebih interaktif dan berinfomasi.

Sekarang ini laman ini masih lagi dalam proses menaik taraf kemudahan dan juga kepelbagaian segmen dalam laman ini. Antara segmen baru yang diwujudkan dalam laman ini ialah News and Promo yang mana melalui laman ini semua berita dan juga iklan akan disiarkan bagi rujukan dan infomasi pelawat. Selain itu juga segmen Spotlight yang mana akan memaparkan filem-filem baru yang akan ditayangkan di pawagam dan juga gosip-gosip terbaru tentang atris-artis pilihan. Segmen yang terakhir ialah segmen Blog Writer yang mana akan memaparkan tentang latar belakang penulis-penulis segmen di laman PURNAMA2U ini.

Purnama ialah salah satu kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Kesenian dan Kebudayaan Kolej UNITI atau lebih dikenali sebagai 3K adalah kumpulan yang menjalankan aktiviti persembahan teater dan lakonan di Kolej UNITI. Dengan hanya berbekalkan semangat yang kental untuk mempertahankan aktiviti yang sihat ini, PURNAMA telah merancang untuk menghasilkan satu telefilem yang akan dilaksanakan pengambarannya pada awal bulan ogos nanti.

Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan dan juga realiti. Diharap agar dengan pembaharuan yang dilakukan ini dapat diterima semua pelajar dan warga Kolej UNITI.

Purnama™ Writer 2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More